15 Tempat Menarik di Cameron Highlands Yang Wajib Anda Lawati (Update 2025)
Cameron Highlands. Dengar saja nama tempat ini, pasti terbayang kabus dingin, ladang teh terbentang luas, dan suasana tenang yang jauh dari hiruk-pikuk kota. Tidak kira sama ada anda bercuti bersama keluarga, pasangan, atau mahu βhealingβ seorang diri, Cameron memang ada sesuatu untuk semua.
Kalau anda sedang merancang percutian ke sini, artikel ini akan bantu anda. Mungkin ada antara anda yang sudah biasa bercuti di Cameron Highlands, tetapi mungkin ada tempat menarik yang masih belum anda terokai di Cameron Highlands.
Jadi, kami akan senaraikan 15 tempat menarik Cameron Highlands yang mesti anda singgah supaya anda dapat manfaatkan sepenuhnya masa bercuti dengan keluarga di Cameron Highlands β lengkap dengan info waktu operasi, tiket masuk, dan cadangan penginapan berdekatan.
1. π±Ladang Teh BOH Sungai Palas

Sumber gambar : bohtea.com
Inilah tempat wajib singgah kalau pertama kali jejak kaki ke Cameron. Dikategorikan sebagai antara tempat menarik cameron highlands. Terletak agak tinggi, anda akan lalui jalan berbukit sebelum sampai ke ladang ini, tetapi percayalah β pemandangan di atas memang luar biasa.
Nikmati secawan teh panas sambil duduk di kafe atas bukit, dengan angin sejuk meniup lembut. Kalau datang awal pagi, suasana berkabus memang syahdu. Boleh juga lihat sendiri proses pembuatan teh di kilang bersebelahan.
Ladang Teh BOH Sungai Palas merupakan tempat paling ikonik di Cameron! Apa yang menariknya, di sini anda boleh lihat sendiri proses penghasilan teh, bergambar di ladang teh luas terbentang, dan minum teh di kafe atas bukit sambil layan angin sejuk.
- Alamat : BOH Tea Garden, 39000 Ringlet, Cameron Highlands
- Waktu Operasi : Selasa Hingga Ahad (8:30 pagi β 4:30 petang)
- Tiket Masuk: Percuma
- Cadangan Penginapan:
π Strawberry Park Resort β 5 minit dari ladang, pemandangan memukau
2. πCameron Lavender Garden

Sumber gambar : chaptersofescapism
Cameron Lavender Green juga merupakan antara tempat menarik cameron highlands yang paling ‘legend’. Taman ini sangat sesuai kalau anda suka warna-warni dan suasana romantik. Di sini ada pelbagai jenis bunga, termasuk lavender ungu yang memang menjadi tarikan utama.
Tempat ini bukan sekadar untuk tengok bunga, tetapi ada juga spot menarik untuk bergambar seperti kincir angin, jambatan kayu dan taman mini yang penuh kreativiti. Anak-anak pun seronok.
- Alamat : Lavender Garden (Cameron Lavender), Brinchang
- Waktu Operasi: 9:00 pagi β 6:00 petang
- Tiket Masuk: RM15 (dewasa), RM10 (kanak-kanak)
- Cadangan Penginapan:
π Hotel Rosa Passadena β dekat sangat, jalan kaki pun boleh
3. πBig Red Strawberry Farm

Sumber gambar : Foodveler
Kalau bercuti ke Cameron tapi tidak petik strawberi, memang rasa seperti ada yang kurang. Di ladang ini, anda boleh petik strawberi sendiri, beli jus segar, dan cuba hidangan berasaskan strawberi yang sedap.
Ada juga taman kaktus dan bunga yang cantik. Semua dalam satu tempat.
- Alamat : Big Red Strawberry Farm
- Waktu Operasi: 8:30 pagi β 6:00 petang
- Tiket Masuk: Percuma
- Cadangan Penginapan:
π Nova Highlands Hotel β 2 minit dari ladang
4. ποΈKea Farm Market

Sumber gambar : Centurypinesresort
Pasar terbuka popular untuk beli sayur segar, jagung madu, buah strawberi dan produk Cameron yang murah. Wajib datang pagi untuk elak sesak!
- Alamat : Pasar Pagi Kea Farm Market
- Waktu Operasi: 8:00 pagi β 6:00 petang
- Cadangan Penginapan:
π Kea Garden Guest House β terletak atas bukit, jalan kaki je ke pasar
5. π΅Cactus Valley

Sumber gambar : cameronhighland.net
Ribuan jenis kaktus, pokok bunga dan juga strawberi β semua boleh dibeli atau bergambar. Best untuk anak-anak kecil.
- Alamat : Cactus Valley
- Waktu Operasi: 8:00 pagi β 6:00 petang
- Tiket Masuk : RM6 (dewasa), RM4 (kanak-kanak)
6. π³Mossy Forest (Gunung Brinchang)

Sumber gambar : forestry
Mossy Forest terkenal dengan suasana seperti hutan purba. Pokok-pokok diselaputi lumut hijau tebal, udara sangat sejuk, dan laluan pejalan kaki disediakan.
Rasanya seperti berjalan dalam dunia dongeng. Tapi pastikan anda pakai kasut yang sesuai kerana laluan agak lembap dan licin.
- Alamat : Mossy Forest, Brinchang
- Tiket Masuk : RM30 (dengan pemandu)
- Cadangan Penginapan:
π The Smokehouse Hotel β gaya English klasik, 10 minit ke Mossy Forest
7. πΈ Time Tunnel Museum

Sumber gambar : tripadvisor
Bagi yang suka kenangan lama, muzium ini pasti buat anda tersenyum. Ada pelbagai koleksi barang antik β dari barangan dapur klasik hinggalah gambar-gambar zaman dahulu.
- Alamat : Time Tunnel Museum
- Tiket Masuk : RM6 (dewasa), RM4 (kanak-kanak)
8. π‘Pasar Malam Brinchang

Sumber gambar : letstraveltocameron
Aktiviti malam paling popular di Cameron. Makanan panas, strawberi celup coklat, dan pelbagai barangan menarik boleh ditemui di sini.
Suasana meriah dan penuh aroma makanan tempatan. Elok datang lepas Maghrib, tetapi jangan terlalu lewat kalau tidak mahu sesak.
- Alamat : Pasar Malam Brinchang
- Tips: Datang awal sikit elak jam & susah parking
- Cadangan Penginapan:
π Wan Alyasa Hotel β betul-betul sebelah pasar malam
9. πΎTaman Agro Teknologi MARDI

Sumber gambar : agroshoppe
Kalau anda ingin bawa anak-anak kenal pokok-pokok dan sayur-sayuran, Taman MARDI ini tempat yang sesuai. Bersih, teratur dan tenang.
Ada juga kawasan pameran bunga dan jualan hasil ladang.
- Alamat : Taman Agro Teknologi MARDI
- Tiket Masuk: RM5
- Waktu Operasi: 8:00 pagi β 5:00 petang
10. πΈCameron Flora Park (Baru & Viral!)

Sumber gambar : klook
Kalau anda sukakan bunga, ini tempat yang akan buat anda terpegun. Cameron Flora Park ialah salah satu tarikan baru yang semakin viral sejak dibuka. Ramai datang ke sini hanya kerana satu perkara β pemandangan bunga yang luar biasa cantik.
Taman ini tidak seperti taman bunga biasa. Ia direka khas di kawasan berbukit, jadi bila anda berjalan naik ke atas, anda akan nampak lautan bunga pelbagai warna menghiasi lereng bukit. Ada juga struktur pelantar kayu dan balkoni terbuka yang dikelilingi bunga ros, daisy dan lavender. Sangat sesuai untuk gambar berlatarkan suasana luar negara.
Kalau anda peminat fotografi atau Instagram, tempat ini memang syurga. Ramai pasangan datang untuk photoshoot pre-wedding pun di sini. Waktu terbaik datang ialah antara pukul 9 pagi hingga 11 pagi β masih berkabus, pencahayaan lembut, dan kurang orang.
- Alamat : Cameron Flora Park
- Tiket Masuk: RM50
- Cadangan Penginapan:
π Dear Dino Villa β Instagrammable & 5 minit ke sini
11. πΉ Rose Valley

Sumber gambar : cameronhighlands
Nama pun sudah cukup menarik β Rose Valley. Tempat ini khusus untuk pencinta bunga ros. Bila anda masuk sahaja ke kawasan ini, anda akan rasa seperti berada di taman bunga ala-ala Eropah. Ada lebih 100 jenis bunga ros dari pelbagai warna, bentuk dan saiz. Setiap lorong diatur kemas dengan pokok-pokok berbunga dan papan tanda yang memberi penerangan tentang setiap spesis.
Selain ros, anda juga boleh lihat beberapa tanaman lain seperti bunga matahari, lily dan orkid. Apa yang saya suka tentang tempat ini ialah suasana dia sangat tenang dan tidak terlalu sesak dengan orang, jadi sesuai kalau anda datang dengan orang tersayang atau mahu bersantai sambil jalan-jalan santai.
- Alamat : Rose Valley
- Tiket Masuk: RM5
12. π¦Butterfly Garden

Sumber gambar : cameronhighland
Butterfly Garden antara tempat klasik yang masih jadi pilihan pelancong, walaupun sudah lama beroperasi. Ia bukan sekadar taman rama-rama biasa β dalam kawasan ini juga ada galeri serangga, haiwan eksotik dan reptilia kecil seperti ular, cicak tropika dan kala jengking.
Rama-rama dalam taman ini bebas berterbangan di ruang terbuka yang dipenuhi tumbuhan hijau dan bunga berwarna-warni. Kalau anda bernasib baik, seekor dua mungkin akan hinggap di bahu atau tangan anda β peluang baik untuk ambil gambar!
Tempat ini lebih sesuai dilawati oleh keluarga yang bawa anak-anak. Ia berkonsepkan pembelajaran interaktif, jadi anak anda bukan sekadar melihat haiwan, tetapi belajar sesuatu yang baru.
- Alamat : Cameron Highland Butterfly Farm
- Tiket Masuk: RM10
13. π―Ee Feng Gu Bee Farm

Sumber gambar : petitgo
Tempat ini mungkin nampak biasa dari luar, tetapi sebenarnya penuh dengan informasi dan pengalaman menarik β terutamanya untuk anak-anak yang ingin belajar tentang alam semula jadi.
Ee Feng Gu Bee Farm ialah sebuah ladang lebah yang membolehkan pengunjung melihat sendiri bagaimana lebah menghasilkan madu. Di sini ada kawasan pemerhatian sarang lebah hidup, dan anda boleh lihat lebah bekerja dengan sangat aktif. Tenang sahaja β mereka tidak kacau manusia selagi tidak diganggu.
Selain lebah, ladang ini juga ada taman rama-rama kecil, mini zoo dan kedai menjual produk berasaskan madu. Madu asli dari Cameron memang terkenal dengan rasa yang lebih wangi dan pekat. Kalau anda suka teh, cuba campurkan madu asli dari sini β memang sedap!
- Alamat : Ee Feng Gu Bee Farm, Cameron
- Tiket Masuk: Percuma
14. ποΈ Gunung Irau (Untuk Kaki Hiking)

Sumber gambar : thegeestravel
Kalau anda jenis yang sukakan cabaran dan alam semula jadi, mendaki Gunung Irau mungkin akan jadi pengalaman paling bermakna di Cameron Highlands.
Gunung Irau ialah gunung tertinggi di Cameron (2,110 meter), dan terkenal dengan laluan mendaki yang melalui Mossy Forest β hutan berkabus yang dipenuhi lumut hijau, pokok tua dan suasana seperti dalam filem fantasi. Sepanjang pendakian, anda akan rasakan seolah-olah berada dalam dunia lain β sunyi, sejuk dan misteri.
Trek ini tidak sesuai untuk pemula, kerana agak licin dan berlumpur, terutama jika selepas hujan. Tetapi jika anda bersedia secara fizikal dan mental, puncaknya sangat berbaloi. Anda akan rasa puas hati bila berdiri di atas puncak dan melihat kabus tebal menyelimuti seluruh kawasan.
Permit & guide: Wajib mohon permit pendakian awal. Disarankan juga upah pemandu arah tempatan demi keselamatan.
- Permit: Wajib mohon online
- Tips: Guna guide untuk keselamatan
15. π§Robinson Falls

Sumber gambar : alltrails
Robinson Falls mungkin bukan tempat paling popular di Cameron, tetapi bagi saya, inilah antara hidden gem yang ramai terlepas pandang. Air terjun ini terletak di Tanah Rata, dan anda perlu berjalan kaki kira-kira 10β15 minit melalui laluan hutan kecil untuk sampai ke lokasi.
Sepanjang perjalanan ke air terjun, anda akan ditemani bunyi unggas, aliran anak sungai, dan kehijauan hutan. Apabila sampai, suasananya cukup mendamaikan. Air yang jernih, batu-batu besar di sekeliling, dan kawasan yang agak sunyi β sesuai untuk duduk santai, refleksi diri atau picnic ringan.
- Alamat : Robinson Falls, Cameron
Soalan Lazim
Berapa hari sesuai untuk percutian Cameron Highlands?
π 3 hari 2 malam sangat ideal, cukup untuk lawat tempat utama dan berehat.
Kalau tidak ada kereta sendiri, susah tidak untuk bergerak?
π Tidak. Anda boleh sewa kereta di sana atau pilih penginapan yang strategik seperti Tanah Rata dan Brinchang
Tempat terbaik untuk OOTD?
π Cameron Flora Park, Mossy Forest dan Lavender Garden antara yang paling cantik.
π¨ Cadangan Hotel & Homestay
Untuk memudahkan percutian anda, saya sertakan juga beberapa pilihan tempat penginapan yang sesuai dengan bajet dan lokasi:
πΉ Hotel Murah Cameron Highlands β Bawah RM150 semalam
πΉ Homestay Bajet Review Terbaik β Sesuai untuk keluarga besar
πΉ Airbnb Rare & Cantik di Cameron β Gaya moden dan cozy
π Klik di sini untuk lihat semua pilihan & semak harga β Cameron Highlands
π Penutup
Cameron Highlands sentiasa mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia. Percutian ke sini bukan hanya tentang tempat yang cantik, tetapi juga tentang ketenangan, suasana dingin, dan kenangan yang anda bakal bawa pulang.
Harap senarai ini bantu anda rancang percutian dengan lebih lancar. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada kawan dan keluarga yang sedang rancang ke Cameron Highlands.